Koperasi telah menjadi penganjur bersama Karnival 1 Suara 1 Persatuan 1 Komuniti anjuran Majlis Belia Malaysia di Selayang pada 24hb – 26hb April 2009.
Karnival ini dianjurkan dengan tujuan memberi kesedaran kepada orang ramai dan memberikan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga yang bergabung bersama karnival ini.
Bagi pihak koperasi, kami telah mengadakan database drive di karnival ini dimana pengunjung berpeluang memenangi thumbdrive yang mengandungi 50 ebook secara percuma bernilai lebih RM 1,000. Ini adalah kali pengalaman pertama kami menyertai karnival atau membuka booth dan ini merupakan pengalaman yang amat berharga yang kami dapat untuk memajukan koperasi.
Terima kasih kepada penganjur utama iaitu Majlis Belia Malaysia dalam menjayakan karnival tersebut.
Suasana dari karnival tersebut….



































