Bagaimana Nak Memulakan Perniagaan Internet?

Bagaimana nak memulakan perniagaan internet? Ini adalah persoalan yang paling biasa di ajukan kepada saya sepanjang saya melibatkan diri di dalam perniagaan internet. Dan jangan terkejut bila saya katakan persoalan ini diajukan bukan sahaja oleh orang yang baru nak berkenalan dengan perniagaan internet tetapi juga ditanyakan oleh orang yang telah beberapa tahun mencuba perniagaan internet. 

Kebanyakan dari mereka telah membeli pelbagai buku atau ebook dan ada yang telah menghadiri seminar-seminar perniagaan internet yang dianjurkan oleh “guru” internet marketing. 

001_11

Bagaimana Nak Memulakan Perniagaan Internet?

Sebenarnya adalah mudah untuk memulakan perniagaan internet. Ini adalah kerana, perniagaan ini boleh dimulakan dengan hanya menanyakan soalan kepada diri sendiri. Apa minat saya? Apa hobi saya? Apa kekuatan saya?

Kenapa memulakan perniagaan internet dengan bertanya kepada diri sendiri? Ini adalah kerana, apabila kita memulakan sesuatu dan kita mempunyai minat untuk melakukannya, kita dapat memastikan yang kita akan terus melakukannya untuk janga masa panjang.

Internet marketing atau perniagaan internet bukan berdasarkan hari ini buat dan esok terus jadi kaya. Tetapi internet marketing adalah satu perniagaan dan perniagaan itu memerlukan masa untuk dibina dan dengan membuat sesuatu yang kita  suka, bertambah mudah untuk kita membina perniagaan dan satu hari nanti kita boleh membina empayar kita sendiri berdasarkan hobi kita, minat yang ada pada diri sendiri dan  kekuatan kita.

So, identify minat, hobi dan kekuatan anda dan itu adalah cara terbaik untuk memulakan perniagaan internet.

Thanks

Nizzura

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • BlinkList
  • Blogosphere News
  • Diigo
  • Live
  • MisterWong
  • Propeller
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Tumblr
  • Twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

This entry was posted on Tuesday, June 2nd, 2009 at 4:04 am and is filed under Artikel. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
Security Code: